UJIAN PSIKOLOGI


Ujian psikologi merupakan satu perkhidmatan yang disediakan untuk mengenalpasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan, minat nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.
Perkhidmatan ini disediakan untuk pelajar-pelajar Universiti Malaysia Pahang serta untuk kakitangan yang berkhidmat di Universiti Malaysia Pahang.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
  • Mentadbir ujian psikologi
  • Membuat tafsiran, menganalisis dan laporan ujian psikologi
  • Menguji kesahihan dan kebolehpercayaan ujian.
  • Aplikasi dalam pembangunan sumber manusia.

JENIS-JENIS UJIAN PSIKOLOGI YANG DITAWARKAN :
  • UJIAN PERSONALITI WARNA     (IPW) 
  • UJIAN PERSONALITI SIDEK        (IPS)
  • UJIAN MINAT KERJAYA SIDEK   (SDS)
  • UJIAN GAYA BERCINTA              (IGB)
  • UJIAN TAHAP STRESS                 (DASS)

TUJUAN UJIAN PSIKOLOGI DIJALANKAN


-- Ingin mengetahui personaliti diri dan organisasi

-- Ingin mengetahui potensi diri
-- Ingin mengetahui kesesuian diri berkaitan sesuatu aspek seperti emosi, pemikiran dan tingkah laku
-- Ingin mengetahui tahap kesediaan dan keupayaan menghadapi perubahan