PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN KAUNSELING 
Kaunseling merupakan satu proses untuk membina perhubungan di antara kaunselor dan klien bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berdasarkan etika kaunseling.


Perkhidmatan yang disediakan :

1. Kaunseling  Individu 
2. Kaunseling  Kelompok 
3. Kaunseling secara sukarela atau dirujuk 
4. Menyediakan laporan kaunseling kepada pihak berkenaan atau atas permintaan klien.

Jenis Kaunseling :

1. Kaunseling Individu 
Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi (pencelaan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan diri.

2. Kaunseling Kelompok 
Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan 5 - 15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.

Fungsi Utama Kaunseling


  • Sesi Kaunseling
  • Aktiviti Kaunseling
  • Latihan
  • Bimbingan
  • Perundingan
  • Outreaching
  • Pengujian dan Pengukuran
  • Khidmat Masyarakat
  • Penilaian dan Penyelidikan

Fungsi Utama Kerjaya
  • Pendidikan
  • Nasihat dan Bimbingan
  • Hubungan Industri
  • Pengurusan Maklumat
  • Penilaian

KEMUDAHAN BILIK KAUNSELING

- Bilik Terapi





-   Bilik Kaunseling Individu



-  Bilik Kaunseling Kelompok





PROSEDUR MENJALANI SESI KAUNSELING


1. Kaunselor mengenal pasti klien dan mengisi borang temu janji

2. Semak jadual pertemuan dan tetapkan tarikh temujanji

3.Buat sesi kaunseling bersama dengan klien

4. Perlu susulan atau tidak. Jika Ya, tetapkan tarikh pertemuan

5. Buat laporan dan rekod borang pertemuan

6. Sesi Kaunseling tamat


WAKTU PERKHIDMATAN 


ISNIN - KHAMIS

8.30 pagi - 4.30 petang

JUMAAT

8.00 -pagi - 12.15 petang
2.45 - 4.30 petang