TANGISAN YANG MEMBAWA KEREDAAN

Setiap manusia dikurniakan kemampuan untuk menanggis. Manusia pasti menanggis dalam hidupnya dan ia berlaku kerana pelbagai sebab dan punca. Ada yang menanggis kerana terlalu sedih dan ada yang menanggis kerana terlalu gembira.....

Anda menanggis kerana terlalu gembira  atau terlalu sedih ?


Hanya anda yang mempunyai jawapannya........


Kita berdoa untuk diri kita semua semoga dikurniakan nikmat yang tidak terhingga ini- nikmat tangisan kerana mengingati Allah s.w.t, takut dan cinta serta kasih kepada -Nya. Sesungguhnya tangisan sebegini tidak sia-sia dan tidak terbuang begitu sahaja. Tangisan inilah yang akan menyelamatkan kita di dunia ini malah ia sudah pasti ada harganya di negeri yang kekal abadi, akhirat tempat kembali.