KUNCI KETAHANAN JIWA

Sebagai seorang pelajar kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan rintangan dalam menuntut ilmu. Kita harus tabah menghadapai rintangan ini jika mahu berjaya. Hati anda harus sekental  besi waja. Perumpamaan Melayu ada mengatakan :

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya


Ini menunjukkan bahawa kesusahan merupakan asam garam dalam kehidupan seorang pelajar. Kita tidak lari daripanya........Justeru itu, untuk menghadapi kesukaran ini  kita perlu mempunyai ketahanan jiwa yang kuat.


Terdapat tiga sifat asas yang perlu kita miliki :


1. Melatih diri menjadi Sabar

-Biasakan diri untuk lebih banyak mendengar daripada banyak bercakap
2. Melatih diri menjadi pemurah
-Bersedekah secara istiqamah walaupun 10 sen
-Meringankan tulang
-Pemurah dengan senyuman. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud . " Senyum itu Sedekah"

3.Melatih diri tidak putus asa

- Kekalkan solat pada awal waktu
-Minta pandangan orang lain apabila anda buntu
-Elak  berseorangan